O T A K U


The Otaku


Moshimoshi! Otaku's here. 200 years young. Live in Anime's World.

bold, underlined, italic

Put your welcome note here !

Talking Here


Put your cbox code here !

Today is..



Blog Archive



Thanks To


© 2013 - Skins by Yuuki.
Cinta Kacang Merah by me
Wednesday 27 November 2013 | 00:09 | 0 otaku talking
                  
Prolog

                      Awak...sanggup ke tunggu saya sampai sembilan  tahun...? Tak ke membebankan tu? “, ujarku. Aku memandang wajah Taufiq dengan penuh gelisah . Hati sebak tatkala menyuarakan hasrat hatiku tadi. Tidak sanggup ingin membebankan pemuda itu menanti untuk masa yang lama.

                             “ Sanggup”, jawap Taufiq ringkas dengan muka yang penuh keyakinan. Dia melihat wajahku  dengan penuh harapan. Ditatapnya wajahku dengan lunaknya. Rasa rinduku terhadap dirinya begitu kuat saat ini. “ Depends “, jawabnya lagi setelah lama berdiam diri.

                                Aku terkaku , kelu setelah mendengar jawapan yang diberi sebentar tadi.Tika ini aku tidak terfikir satu ayat pun untuk membalas kata-katanya tadi. Mulutku bagai terkunci. Namun, ada juga rasa terharu yang muncul dalam diriku dengan apa yang didengari. Terharu jika apa yang dikatakanya itu benar. Perasaan itu berlalu setelah beberapa ketika. Aku kembali sedar ke alam nyata.

                               “Insyaallah..jika itu jodoh kita , belum pasti lagi. Jodoh dan takdir itu ditangan Allah “, ujarku lagi kepadanya. “Mungkin kita takkan bertemu lagi lepas ni. Pengajian saya lama , tak dapat penuhi kehendak awak. Maafkan saya. Saya terpaksa tinggalkan awak “, tambahku lagi. Kemudian, aku melangkah masuk ke dalam ruangan perlepasan ke Amerika Syarikat.

                                “Bye”. Itulah ayat terakhir darinya. Jam ditangan menunjukkan pukul lapan pagi. Sebentar lagi , kapal terbang Air Asia yang dinaiki ini bakal berlepas. Aku mencari tempat dudukku yang sepatutnya bertulis A9L. Setelah dijumpai , aku duduk sambil memandang ke arah skrin telefon bimbitku yang sejak tadi di dalam genggaman tangan kananku. Tiada SmS yang diterima. Aku mengeluh ,lalu aku mematikan telefon bimbit Samsung Tabku  dan kemudiannya aku melelapkan mata sepanjang perjalanan ke USA.










Bab 1

          9 tahun berlalu...

                                 “Yay! , Kak Qira dah balik Malaysia ! ”, jerit Mia sambil berlari ke arah Qira yang baru keluar dari ruangan ketibaan KLIA ( Kuala Lumpur International Airport). Senyuman yang melebar terlakar di wajah Mia. Mia sangat merindui kakaknya itu. Sudah bertahun-tahun dia terpisah dengan kakaknya dan kesunyian di rumah . “ Hai, Mia! Adik kesayangan kakak yang comel ! How are you? ”, sapaku padanya. Aku memeluk erat tubuhnya yang yang kecil itu. “ Fine ”, jawabnya pantas. Kini ,aku memandang pula ke hadapan . Muncul wajah –wajah insan yang tersayang yang amat dirindui lalu aku menyalami mereka. “ Assalamualaikum, umi, ayah. Qira rindu sangat dengan umi dan ayah. Dah lama Qira nantikan saat ini sejak dulu lagi ” air mataku mula menitis perlahan-lahan. Mia yang sejak tadi memerhatikan kami dari belakang mula menghampiri diriku lalu dipeluknya tubuhku dari belakang. “Hmm.. Dah,dah. Tak payah nangis lagi. Kan Qira dah ada sekarang ni.”, ujar umi sambil mengusap belakangku perlahan. “ Hah! Jom balik rumah, umi kamu tu ada masak makanan kegemaran kamu tu. Kalau tak nak habis , baik balik cepat ”, kata ayah . Aku mengukir senyuman manis yang tidak terkira.

                                 Pintu dikuak perlahan-lahan..Bilik yang lama sudahku tinggalkan masih lagi kelihatan kemas.Mungkin umi yang membersihkannya.Aku meletakkan beg-beg bagasiku yang besar itu di tepi katil lalu aku meluru ke balkoni kecil yang dibina untukku beberapa tahun yang lalu. Dari balkoni itu, aku dapat melihat pemandangan yang indah .Angin bertiup sepoi-sepoi.Burung-burung berkicauan di langit .Rumput yang menguning menandakan bakalnya musim luruh hampir tiba. Aku mula teringatkan kisah silamku 9 tahun yang lalu. Kisah yang hampir dapat kulupakan dari ingatan mindaku. Namun, kisah itu masih tetap bersisa di minda ingatanku..Kini,aku cuba memujuk diri supaya melupakan peristiwa itu. Apa yang penting ialah pelajaran,bukanya cinta. Apa orang kata? Hah! Cinta monyet? Bolehlah dikatan begitu. Buang masa saja.
                       
                                    Aku kemudian menukar pakaian. Kini, aku mengenakan tudung syria berwarna biru lembut dan baju Kemeja-T berwarna kuning pudar. Setelah bersiap-siap aku turun ke ruang tamu di bawah. Semua ahli keluargaku  seperti biasa telah berkumpul untuk menonton movie yang terbaru setiap hujung minggu. Namun, kali ini lain pula ceritanya. Iaitu movie “ The Golden Compass”. Ada yang duduk di atas sofa, ada yang duduk di atas lantai dan bermacam-macam lagi aksi yang dibuat. Aku mula mendekatkan diri dengan umi lalu aku cuba berbisik kepadanya. “Umi,boleh tak Qira pergi ke Mid Valley sekejap? Qira nak jumpa Aqwalah.. Dah lama  tak jumpa dia. Boleh tak ?”. Umi berfikir sejenak. Lama aku menunggu jawapan darinya. “ Hmm.. Ok .Tapi,dengan satu syarat. Umi nak Qira balik sebelum senja. Boleh? Senang je permintaan umi ni. Tak susah mana pun. Lagipun kamu tu anak dara , tak elok berada di luar lama-lama.” , jawab umi  lembut. Aku tersenyum riang setelah mendengar jawapan yang diungkapkan oleh umi. Aku menyalam umi sambil memeluk erat tubuhnya. Aku meminjam kereta Alza kesayangan abangku, Farid Ilmi.

                                Tepat pukul 11.00 pagi ,aku tiba di Mid Valley. Kemudian ,bergegas ke satu cafe yang dijanjikan untuk bertemu. Hah! Itu pun dia! Bisik hatiku setelah melihat kelibat Aqwa yang sedang minum Hot Chocolate di satu sudut  cafe tersebut. Aku mendekatinya perlahan-lahan dari belakang tanpa dia sedar akan kehadiran ku di situ . Dan... Hah! Aku menepuk belakanganya dengan mengejut. Secara  tidak langsung dia terkejut sambil melatah  “ Eh..Mak Tom yam masuk Cafe!”.
                                  Hampir separuh terjerit suaranya. Mukanya kelihatan pucat tidak berdarah  akibat dari kejutan tadi. Entah apa yang difikirkannya. “ Eh , engkau ni asyik nak melatah je. Tak pernah nak berubah –ubah langsung sejak dulu”, rungutku perlahan. Dia memusingkan badanya ke belakang untuk melihatku. “ Qira!! I miss you so  much!”,jerit Aqwa. Whoa! macam tak pernah jumpa oranglah dia ni. “ Macam manalah kau sekarang ni? Dah bertunang ke belum?”, tanyaku .Aku duduk di kerusi yang berhadapan dengannya sambil itu aku memesan segelas iceblanded Teh tarik kegemaranku.

                                “ Eh! Bila masa pulak aku bertunang? Belum lagilah. Tak ada orang yang minat kat aku ni. Kenapa? Kau teringatkan dia ke? Tak rindu?” balas Aqwa. Aku tidak menyangka dia akan mengeluarkan pertanyaan sebegitu. Hatiku mula tidak keruan saat ini. Apa yang harus aku katakan?.. “ Er.. siapa ‘dia’ yang kau maksudkan tu?’’, aku berpura-pura tidak tahu apa yang cuba dipersoalkan oleh Aqwa.  Wajahku tidak dapat memberi sebarang reaksi dengan perkara itu. “ Takkan kau dah lupa kat abang aku tu? Taufiq Rahimi? Tak ingat ke?’’, tanya Aqwa hairan.

                               “ Err.. Tak. Rasanyalah. Kenapa?’’, jawabku sedikit gagap. “ Hmm. bukan nasib dialah tu.  Qira aku nak minta nombor telefon kau yang baru tu boleh tak? Nak jadi gila dah aku, susah nak contact kau tu.  Asyik abang kau je yang jawab telefon rumah tu. Menyampah pulak aku jadinya.’’ rungut Aqwa mengalahkan budak kecil. Ish! Budak ni tak habis-habis dengan perangainya yang ala-ala kanak-kanak ni. Tak tahan pulak aku melihatnya. Terpaksa jugak aku berikan kepadanya. “ Nah! Cepatlah masukkan dalam telefon kau tu. 0198756443. Simpan baik-baik tau.” arahku.

                         Masa menunjukkan beberapa jam lagi sebelum senja bakal menjelma. Aku kini menuturkan langkah untuk pulang. Aku pulang dengan hadiah yang diberikan oleh Aqwa sempena kepulanganku semula ke Malaysia setelah sekian lama  melanjutkan pengajian di menara gading yang terletak di Amerika Syarikat. Dalam perjalanan pulang, telefon bimbitku berdering secara tiba-tiba. Aku meneliti nombor yang tertera pada skrin telefon bimbit. Namun,bukan juga  nombor telefon abang ataupun Aqwa. Tidak tahu siapa pemilik nombor tersebut lalu aku gagahkan diri untuk menjawab panggilan si pemanggil.

                      “Helo?, siapa di sana?’’, soalku dengan suara gagap. “ Boleh saya bercakap dengan Cik Syafa Aqira? Dia ke ni ?”, soal si pemanggil. Ah! Tidak! Suara ini macam pernah ku dengari sebelum ini. Takkanlah ‘dia’ ? . “Err..ya, saya? Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana?’’, jawabku lagi. Untuk mendapatkan kepastian aku cuba untuk bertanya siapakah si pemanggil.
                  “ La.. Takkanlah tak cam suara Fiq ni. Dah lupa ke suara kekasih hati awak ni.’’, rajuk Taufiq.
                  Ya Allah, terkejut aku  bukan kepalang mendengarkan pengakuan itu . Bagaimana dia boleh mendapat nombor telefonku sedangkan aku tidak pernah berjumpa dengannya sejak kepulanganku ke Malaysia. Aku berfikir sejenak untuk mencari puncanya. Aqwa! Itulah nama yang muncul di mindaku. Ini mesti angkara dialah ni. Patutlah minta nombor telefon orang tadi,rupanya ambil kesempatan untuk bagi dekat abang dia. Arghhhh! Menyusahkan betullah dia ni. Mentang-mentang aku cakap tak rindu langsung dekat abang dia tu.
                   “ Oh, awak. Hahahaha.... Tak rasanya , sebab dah lama tak berbual dengan Fiq. Sebab tu Qira lupa.’’, jawabku acuh tak acuh. Aku memandang ke arah dashboard keretaku. Jam  sudah menunjukkan angka 5.17 petang. Alamak! Kena cepat ni .
  
                     “Hmm Yelah. Sabtu minggu depan Qira free tak ?’’, soalnya selamba.
                             
                “ Sabtu depan rasanya tak ada. Kenapa?’’, tanyaku hairan. Aduh! Apa pulak kali ni yang dia nak. Harap-harap bukan benda yang bukan-bukanlah dia minta .

                             “ Fiq nak ajak Qira keluar date. There is something that I want to discuss with.’’, balas Fiq sambil tergelak. “ Pukul 9 pagi datang ofis Fiq . Lepastu pandai-pandailah Fiq urus’’, tambah Fiq riang.
     
                               “ Ha. Ok.’’, balasku ringkas . Telefon bimbit dimatikan setelah perbualan selesai.  Aku mengeluh perlahan. Hmm.. Tak habis-habis dengan idea dia tu. Takpe lah.  At  least, dapat enjoy bila dah balik ni.Kini, sudah hampir dengan kawasan rumahku. Aku memparkir kereta di garaj ayah. Aku masuk ke dalam rumah lalu ku salami umi dan ayah yang menanti kepulanganku. Aku meminta izin untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib.
 
                               Selesai menunaikan solat  maghrib, aku merebahkan diri di atas katil empuk kesayanganku. Tak sia-sia aku memujuk umi untuk membelikan katil ini. Aku mengalihkan pandangan ke luar balkoni. Bintang-bintang di langit kelihatan bersinar-sinar cahayanya. Aku turun ke bawah untuk makan malam. “ Umi masak apa malam ni? Nak Qira tolong tak?’’, tanyaku manja.
                   “ Tolong umi buatkan air oren sunquick dalam jug putih tu’’, jawab umi sambil tersenyum. Aku bertindak segera tanpa membuang masa.
                              “ Qira bila kau nak khawin?’’, usik abang yang baru memasuki dapur untuk meminum segelas air masak. Aku menjeling tajam ke arahnya. Panas hatiku mendengar topik yang cuba dibualkannya denganku.
                             “ Yang abang tanya Qira soalan tu kenapa pulak tiba-tiba? Hah,yang abang tu pulak, bila nak khawin? Sibuk hal oranglah abang ni’’, rungutku . “ Kenapa pulak abang tak tackle si Aqwa tu?”, gurauku.

                              “ Masalahnya abang tak ada peluang lah”,jawab abang sambil memuncung mulutnya. Eii..geli pulak bila tengok muka abang ni.



Introduction
Wednesday 5 June 2013 | 19:14 | 0 otaku talking
       


This is our official page ^_^. We create this page for the fans of Anime world out there~ 
You can gain more info about us at  https://www.facebook.com/pages/Anime-World/495435103813173?.
Thanks for reading~ <3